Muhammadiyah didirikan di Kampung
Kauman Yogyakarta pada 8 Dzulhijjah 1330 H/18 November 1912 oleh Muhammad
Darwis yang kemudian dikenali sebagai K.H. Ahmad Dahlan.
Beliau adalah pegawai kesultanan
Kraton Yogyakarta sebagai seorang Khatib dan sebagai pedagang. Melihat keadaan
umat Islam pada waktu itu dalam keadaan jumud, beku dan penuh dengan
amalan-amalan yang bersifat mistik, beliau tergerak hatinya untuk mengajak mereka
kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis.
Oleh kerana itu beliau memberikan pengertian keagamaan di rumahnya di tengah
kesibukannya sebagai Khatib dan pedagang.
Semula ajaran ini ditolak, namun
berkat ketekunan dan kesabarannya, akhirnya mendapat sambutan dari keluarga dan
rakannya. Profesinya sebagai pedagang sangat mendukung ajakan beliau, sehingga
dalam waktu singkat ajakannya menyebar ke luar kampung Kauman bahkan sampai ke
luar daerah dan ke luar daripada Pulau Jawa. Untuk mengorganisasi kegiatan
tersebut maka didirikan persyarikatan Muhammadiyah. Dan kini Muhammadiyah telah
ada di seluruh penjuru negeri.
Di samping memberikan pelajaran /
pengetahuannya kepada laki-laki, beliau juga memberi pelajaran kepada kaum perempuan
muda dalam forum pengajian yang disebut “Sidhratul Muntaha”. Pada siang hari
pelajaran untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Pada malam hari untuk
kanak-kanak yang telah dewasa.
Di samping memberikan kegiatan
kepada laki-laki, pengajian kepada ibu-ibu dan kanak-kanak, beliau juga
mendirikan sekolah-sekolah. Tahun 1913 sampai tahun 1918 beliau telah
mendirikan sekolah dasar sejumlah 5 buah, tahun 1919 mendirikan Hooge School
Muhammadiyah ialah sekolah lanjutan. Tahun 1921 diganti namanya menjadi Kweek
School Muhammadiyah, tahun 1923, dipecah menjadi dua, laki-laki sendiri
perempuan sendiri, dan akhirnya pada tahun 1930 namanya diubah menjadi
Mu`allimin dan Mu`allimat.